Anak kecil dan seketul batu

Posted: May 8, 2008 in Personal
Tags:

Something I would like to share with all my frenz outside there😉

MOGA MENJADI IKTIBAR DAN RENUNGAN KITA BERSAMA….

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu  disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu  agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi  tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu  perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak  kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi  jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat  sesuatu yang difikirkannya. Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi  kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah  kanan kereta Waja tersebut. 

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat  hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi  berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta  terus  meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :

” Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?  jerit Executive tersebut.

Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ; ” Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak  ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil”.
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut  yang tidak jauh dari situ. “Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya. Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.

Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive  muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil  tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.  Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .
 

Pengajaran
Tuhan tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi  ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa  kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s