2011-12-01 20.44.40

The building ranked officially as the world’s tallest from 2004 until the opening of the Burj Khalifa in Dubai in 2010 – wikipedia

Tetibe jadi rindu dengan tempat ini🙂 Taipei 101 kelihatan gah dan cantik di waktu malam. Teringat masa kat Taipei dulu, selama kat sana tiap-tiap hari lepak kat sini sebab suka tengok lampu-lampu dan gelagat manusia yang dating kat situ. Dah la suhu waktu tuh around 12°c, sangat best untuk night walk..lagipun hotel dekat je dengan tempat ni.😉 Yang paling best jalan-jalan seorang diri di Taipei adalah sangat safe walaupun tengah malam. Saya selamba je jam 12 – 1 pagi duk jalan2 kat luar. Hohoho..kalo kat KL tak berani gwe!! lol

Seperti biasa, saya sorang2 jugak masa kat sini. So, takde sangat gambar nya melainkan gambar-gambar bangunan dan pemandangan..huhu

By the way sempat jugak saya mintak tolong tourist lain utk snap pic saya..macam kat bawah ni, one of my favorite pic sebab ada LOVE..hiks

Image01

Love sucks! NO?

Oh ya, hotel yg company booking untuk saya adalah Tango Hotel kat area Xin Yi..For details boleh tengok kat sini http://www.tango-hotels.com/ . For me, quite nice bilik nya sangat cantik, luas & bersih. Lokasi strategik & memang design biliknya sesuai untuk org yg business trip. Cuba korang tengok nih..junior suite..

Cakap pasal hotel, ada satu kisah lucu berlaku kat sini. Malu la jugak nak cerita tapi biarlah, nak share jugak. Past is past lah kan. Hihi..cuba korang tengok gambar kat atas ni..pada yang tak tahu namanya jakuzi. Selama ni saya biasa dengar je pasal jakuzi tapi tak pernah ada pengalaman. So kiranya firs timer lah for me. Nak dijadikan cerita, hari tu hari Jumaat. Since esok nya adalah weekend, malam tu plan saya adalah nak spend masa kat Jakuzi sambil layan drama Korea. Waktu tuh tengah hot cerita “Glory Jane”. Sangat menarik bukan idea tu? So, apa lagi saya pun letak la laptop kesayangan kat tepi Jakuzi tuh ala2 standby. Lepas tu mula lah pasang paip nye sambil menyanyi kecil. (Excited. Bajet pandai la konon nk guna jakuzi ni padahal tak penah guna pun). Sangat cantik I tell you, lighting nya dah macam ala2 hard Rock Cafe dah, selang seli bertukar warna. Jakun sekejap. Haha..tengah asyik duk layan lampu nye yang cantik, tup2 air nye memancut tinggi ke atas lalu membasahi syiling dan lantai malah tempias nye terkena pada laptop kat tepi jakuzi..hahahaha..kaget sekejap tak tahu nak buat apa. Kelakar siot. Mana lah aku tahu ada limit paras air kat dalam Jakuzi tuh. Nasib baik lah tak ada CCTV kalo tidak malu nya mana nak letak muka..cepat2 aku pegi ambik towel dan lap semua tempat yang basah..Glory Jane ntah ke mana, yg pasti terhegeh2 aku duk lap air kat laptop. Cuak la jugak takut tak boleh nak on ke apa. Dah la laptop office. Semua keje ada kat situ. Hehe.. tergendala sekejap plan nak menikmati jakuzi. Nasib baiklah semuanya ok..Tapi selepas tuh kan aku dah tahu dah camane nak guna jakuzi..dah expert dah😛

Ok, sila berhenti ketawa. Sekarang saya nak share pasal makanan halal di Taipei pula😉 Siapa sangka kat sini ada restoran halal yg pelayan nya siap pandai cakap melayu lagi..mengikut akak tu, dia org Myanmar, tapi dah lama stay kat Taipei. Nama kedai tu Thai Food Garden, terletak di Beining Road berhampiran dengan Stadium. Deret dgn kedai tu ada few muslim restaurant lagi tapi yg saya try yang ni je. Jom tengok gambar sekitar kedai nya..

Food yang diorg serve not bad. Harga pun menarik. Kalo makan tengah hari kat situ saya siap take away untuk dinner terus sebab area hotel tak ada makanan halal. Nak datang kedai ni agak jauh la jugak, kena ambik cab lagi. Oklah saya malas dah nak cerita, tengok gambar je lah..hehe~

Anyway masa flite pulang dari Taipei ke KL, seat saya dah diupgrade ke Business class. Masa tengah saya beratur nak check in, sorang pramugari tanya camni..

“Miss Mohamad, do you mind If we upgrade you to business class? We have no more available seat in economic class..”

Oh of course I don’t mind! Haha..Fuh merasa jugak duk kabin kelas business..memang best! Makan sedap, tempat selesa, orang kat sebelah pun hensem2..😛 tips nye korang cuba check in lambat sikit. Bila dah penuh seat economy, sure diorg no choice untuk upgrade seat korang..Selamat mencuba! hiks

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s