Sehari di I City

Posted: March 15, 2013 in Babbling, Friends, Fun, Personal, Trip
Tags: , , , , , , , ,

Yeah finally dapat jugak kitorg ke I City Shah Alam. Dah lama kot nak pegi tapi tak terpergi. Mungkin sebab kemalasan yang asyik melanda tapi sejak dah ada kamera baru nih wah, jadi rajin pulak nak ke mana-mana. Hihi. Motif utama nya biasalah, photo hunting! *wink* Setelah sesat dalam sejam, kitorg sampai kat I-City around 3.30 PM. Geram betul jalan2 kat shah alam ni, sikit-sikit nak roundabout. Pening kejap tak tahu nak ambik jalan mana. Dah la bila sampai-sampai je kat sana kitrg macam kecewa sikit. I City tu macam biasa je kot, pastu tak ramai orang pun. Cuma ada pekerja-pekerja diorg je yg duk lepak2. Tetiba teringat kata kawan saya..”Kalo nak rasa bahang panas, pegi la tengah hari. Tapi kalo nak tengok lampu, pegi la malam..hehe”..Memang betul pun. Mak aih punya la panas suhu kat sana. Sweating gila2 kot. Sebab tu bila terpandang je snow walk, tanpa pikir panjang terus beli tiket & masuk situ. Seronok masuk situ sebab boleh rasa sendiri suhu di musim sejuk!😉

Lepas masuk snow walk, kitrg masuk plak ke Trick Art Museum. Ha nih best nih, macam Trick Eye Museum kat Seoul yg pernah saya cerita kat sini dulu https://elixadexelia.wordpress.com/2012/06/10/3d-trick-eye-museum/

Cukup giler tak gambar kitorg? Penuh dengan aksi. Hehe..syok sangat bergambar kat sini sampai tak sedar hari dah gelap. Keluar je dari tempat tuh dah boleh nampak cahaya yg warna-warni. Fuh amazing colors! Baru lah happening tempat ni. Beza sangat siang dan malam nya..Ok lah saya dah malas nak cerita, letak gambar pun jadi lah ye..

So kalau korang tak pernah pegi lagi ke I-City, boleh la menjejak kaki ke sana. Banyak jugak yg menarik kat sini macam kat peta di bawah ni..

DSC_0355

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s